Monday 3 December 2012

Bukan senang mahu jadi senang.... Bukan Susah mahu jadi Susah...

Apabila kita lihat ungkapan ini... Mungkin ramai yang berfikir sejenak Dan Mungkin 99% bersetuju dengan ungkapan yang saya nyatakan... Ungkapan ini sering menjadi motivasi Dalam setiap apa yang saya ceburi... Ungkapan ini di ilhamkan semasa saya jatuh Bangun didalam dunia perniagaan Dan sentiasa saya berikan ungkapan ini kepada kawan-kawan yang mengalami masalah dalam dunia perniagaan...

Daripada ungkapan ini sebenarnya saya tak perlu mengulas begitu panjang lebar kerana saya yakin dan percaya melalui ungkapan ini sahaja rakan-rakan dapat mentafsirnya sendiri.... Bagi tafsiran saya mudah sahaja "kalau mau senang bukannya senang kita membanting tulang empat kerat, bersengkang mata dan mengerah keringat..." Tapi "kalu mau susah duk jer lepak tunggu bulan jatuh keriba mahu perumpamaan best lagi buat bodoh jer..."

Orang lain tidak pernah rugi se-sen pun di atas kemalasan anda malah lebih menguntungkan orang yang berusaha kerana lebih membuka peluang Dan kurang saingan dalam dunia perniagaan. Wah!! Boleh untung besar kalau kurang saingan Dan pasaran pun kita boleh kawal... Wahai si Pemalas, teruskan Malas anda kerana ia banyak membantu kami yang berusaha..

"Jangan sekali kamu sesali masa depan mu kalau kini kamu Malas berusaha."
Ikhlas daripada Pengarang

No comments:

Post a Comment