Monday 3 December 2012

Bukan senang mahu jadi senang.... Bukan Susah mahu jadi Susah...

Apabila kita lihat ungkapan ini... Mungkin ramai yang berfikir sejenak Dan Mungkin 99% bersetuju dengan ungkapan yang saya nyatakan... Ungkapan ini sering menjadi motivasi Dalam setiap apa yang saya ceburi... Ungkapan ini di ilhamkan semasa saya jatuh Bangun didalam dunia perniagaan Dan sentiasa saya berikan ungkapan ini kepada kawan-kawan yang mengalami masalah dalam dunia perniagaan...

Daripada ungkapan ini sebenarnya saya tak perlu mengulas begitu panjang lebar kerana saya yakin dan percaya melalui ungkapan ini sahaja rakan-rakan dapat mentafsirnya sendiri.... Bagi tafsiran saya mudah sahaja "kalau mau senang bukannya senang kita membanting tulang empat kerat, bersengkang mata dan mengerah keringat..." Tapi "kalu mau susah duk jer lepak tunggu bulan jatuh keriba mahu perumpamaan best lagi buat bodoh jer..."

Orang lain tidak pernah rugi se-sen pun di atas kemalasan anda malah lebih menguntungkan orang yang berusaha kerana lebih membuka peluang Dan kurang saingan dalam dunia perniagaan. Wah!! Boleh untung besar kalau kurang saingan Dan pasaran pun kita boleh kawal... Wahai si Pemalas, teruskan Malas anda kerana ia banyak membantu kami yang berusaha..

"Jangan sekali kamu sesali masa depan mu kalau kini kamu Malas berusaha."
Ikhlas daripada Pengarang

Sunday 8 April 2012

PENJENAMAAN

Kalau kita lihat 'trend' masyarakat kita pada hari ini suka pada jenis penjenamaan dan amat suka untuk membagakan apa yang di pakai, dimiliki dan di nikmakti.... tetapi 'trend' sebegini bukan dikatakan kepada semua golongan ada juga yang hidup dalam kesederhanaan.

     Di dalam dunia perniagaan penjenamaan amat penting dan teramat penting dalam semua aspek... Di dalam ruangan ini saya akan membicarakan kenapa penjenamaan itu penting.....

PERTAMA   Penjenamaan Untuk "First Impression"

Budaya perniagaan akan melekehkan seseorang yang bertemu dengan pelangganya buat kali pertama dengan menaiki motor 'kapcai', berT-shirt, tiada kemasan diri tetapi becerita pasal juta-juta... Didalam senario ini cuba bayangkan sekiranya anda seorang agen insuran hayat yang ingin menjual polisi bernilai jutaan ringgit tetapi anda sendiri kelihatan tidak mampu untuk membelinya bagaimana anda mahu meyakinkan orang lain.
           Faktor-faktor sebegini menyebabkan anda gagal menjual apa-apa sahaja kerana keyakinan orang lain terhadap anda adalah rendah.. Persepsi orang lain terhadap anda perlu diubah bagi meyakinkan produk yang ingin dijual oleh anda.
          Bagi memulakan perniagaan memanglah perit buat anda untuk menyediakan barangan yang berjenama... Tips berguna bagi yang baru nak memulakan karier carilah baju Kemeja yang sopan dan kemas bagi lelaki dan Baju wanita yang sesuai dengan ukuran tubuh badan, amalkan sampai awal dari pelanggan sekiranya bermotor dan pulang lewat sedikit supaya tidak kantoi... tetapi sekiranya anda sudah mampu mempunyai kenderaan mewah seeloknya biarlah pelanggan anda melihat apa yang anda bawa... Benda-benda sebegini bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi inilah dunia perniagaan..

KEDUA   Penjenamaan Tempat Temu Janji

Bagi yang ingin bertemu dengan pelanggan pilihlah satu tempat yang sesuai untuk berbincang bagi memastikan kosentrasi pelanggan anda dapat mendengar dan menerima dengan baik apa yang anda ingin sampaikan... Pada masa kini sudah banyak tempat yang 'ala luxury' tetapi harga makanan dan minuman yang berpatutan.. jangan menunjukkan anda berkira sangat dengan apa yang dimakan dan diminum sekiranya anda ingin mendapat 'ikan besar' pada joran anda tetapi pastikan ia mengunakan umpan yang betul..:-)
       Cara sebegini memanglah mengunakan wang yang banyak didalam sesuatu pertemuaan.. tetapi anda kena pastikan pertemuan anda itu dapat membuahkan hasil.. 

KETIGA  Penjenamaan Apa Yang Dijual

Bab ini perlu dibincang dengan exklusif kerana ia amat penting setiap apa yang anda ingin jual atau usahakan. Sebagai contoh perusahaan ayam KFC... Kalau nak di kira di pasar malam kini sudah ramai yang mengusahakanya tetapi kerana penjenamaan pelanggan masih lagi memilih KFC.. Kalau kita lihat bagaimana Colonel mengusahakan perusahaanya, ia memastikan restoran yang dibina dalam keadaan mewah dan selesa tetapi yang penting mengunakan unsur cermin di dalam rekabentuknya... anda tahu mangapa? ini kerana anda dapat menunjukkan apa yang anda makan pada orang lain.... itulah beza ayam KFC dengan Pasar Malam...

Bersambung....